Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang lewat petang ini telah mengakibatkan banjir di sekitar Kajang, Bukit Jalil-Kinrara dan Kelana Jaya-Ara Damansara di Petaling Jaya.
Menerusi perkongsian netizen di laman media sosial X, terdapat dua jalan utama di Kajang yang sedang ditenggelami air banjir iaitu di Jalan Reko dan di hadapan KTM Kajang 2.
Ada netizen turut berkongsikan laluan di terowong yang menghubungkan antara Kelana Jaya-Ara Damansara, yang terletak di belakang pusat membeli-belah Paradigm Mall, turut ditenggelami banjir. Kelihatan ada beberapa kenderaan yang cuba meredah banjir di laluan tersebut.
Jika jalan yang ingin anda lalui terjejas akibat banjir, sila tangguh perjalanan anda sekiranya boleh dan elak daripada meredah air banjir kerana ia mungkin boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan anda.
Seperti peringatan kami sebelum ini, anda sangat digalakkan untuk mengambil insurans perlindungan kerosakan kenderaan akibat banjir (special perils). Kerana sekiranya kenderaan anda rosak akibat banjir yang teruk, sudah tentu ia melibatkan kos baik pulih yang sangat tinggi. Jika insuran anda tidak disertakan dengan perlindungan special perils ini, sudah tentu kos pembaikkan tersebut perlu keluar dari poket anda sendiri.
Kawasan Kajang 2 sedang banjir kilat. Hati-hati semua. Banyak juga kereta tersangkut dalam banjir.
Credit: WA Penduduk Kajang 2 pic.twitter.com/vKrlJKvLiW
— E.Z (@thenthang) October 23, 2023
Bukit jalil banjir gais.
— jiwa. (@smfhazirah) October 23, 2023
Weh taman aku banjir mat pic.twitter.com/OkQwIQHnpM
— olly (@OllyNazryn) October 23, 2023
Berlaku banjir kilat akibat hujan lebat sekitar petang ini di Jalan Reko, Kajang.
Rancang perjalanan anda.
Video: Sosial Media#malaysiagazette #mgnews #banjirkilat #banjir #jalanreko pic.twitter.com/YJsLYm5lbv
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) October 23, 2023
The post Beberapa jalan di Kajang, Bukit Jalil dan Ara Damansara terjejas akibat banjir lewat petang ini appeared first on Paul Tan’s Automotive News.