ANIH Berhad selaku pengendali Lebuhraya Pantai-Timur 1 (LPT1) memaklumkan bahawa Terowong Genting Sempah arah barat ditutup pada setiap hari, jam 9 malam-5 pagi, sejak semalam (23 Okt) sehingga 26 Okt 2023. Penutupan terowong terbabit adalah bagi kelancaran kerja-kerja penyelenggaran di lokasi.
Sehubungan itu, pengguna LPT1 yang menuju ke arah barat, akan dilencongkan ke terowong arah timur untuk meneruskan perjalanan. Sila patuhi isyarat papan tanda dan arahan petugas. Terus fokus dalam pemanduan dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.
The post Terowong Genting Sempah arah barat ditutup hingga 26 Okt untuk diselenggara, setiap 9 malam-5 pagi appeared first on Paul Tan’s Automotive News.