Hyundai Ioniq 5 dipandu rentas lima negara dalam Jelajah Hyundai Drives the Future ASEAN Tour

Bagi membuktikan aspek ketahanan, mesra alam dan mampu dipandu alam jarak yang jauh model elektrik penuh (EV) Hyundai Ioniq 5, Hyundai Motor Asia Pasifik telah memulakan Jelajah “Pandu Jauh Tanpa Kerisauan” Hyundai Drives the Future ASEAN Tour yang akan merentas lima negara bermula pada 20 November dan bakal berakhir pada 30 November 2023.

Acara berkenaan melibatkan tiga buah Hyundai Ioniq 5 dengan perjalanan sejauh 2,751 km, dan disertai oleh 24 pemandu terdiri dari wakil dari Hyundai Motor Company, ahli Persatuan Automobil Singapura (AAS), kelab peminat Hyundai, pempengaruh tempatan dari seluruh ASEAN, serta KOL dari Indonesia dan Thailand.

Jelajah ini telahpun bermula semalam dengan peserta dilepaskan dari Hyundai Motor Group Innovation Center Singapore (HMGICS) semalam dan ia singgah di bilik pameran Sime Darby Motor Hyundai Ara Damansara hari ini. Selepas ini konvoi berkenaan akan terus dipandu merentas Malaysia, Thailand, Kemboja dan bakal berakhir di Royal Palace Ho Chi Minh City, Vietnam pada 30 November 2023.



Konvoi jelajah ini turut akan singgah ke lebih 20 destinasi ikonik sepanjang perjalanan, termasuk destinasi seperti Penang Heritage Walk di Pulau Pinang, Malaysia dan Kuil Bayon di Kemboja.

Selain itu dalam jelajah ini juga Hyundai akan mendemonstrasikan sistem Vehicle to Load (V2L) pada Ioniq 5. Sistem V2L ini akan menjadikan Ioniq 5 sebagai “powerbank gergasi” bergerak yang bukan sahaja memberikan manfaat kepada para peserta, malah akan digunakan untuk menjadi sumber kuasa kepada pelbagai peralatan elektrik untuk acara komuniti setempat.

“Aspirasi kami menerusi jelajah ini adalah untuk mendemonstrasikan ketahanan, aspek mesra alam, dan kebolehan perjalanan jarak jauh Ioniq 5, disasarkan untuk mengurangkan persoalan dan kegusaran pengguna terhadap EV, terutama sekali dalam rantau ini,” kata presiden ibu pejabat Hyundai Motor ASEAN, Yongtack Lee.

Menerusi jelajah ini juga Hyundai mahu membuktikan bahawa pemegang-pemegang taruhnya di rantau ASEAN boleh bekerjasama dengan lancar merentas sempadan.










The post Hyundai Ioniq 5 dipandu rentas lima negara dalam Jelajah Hyundai Drives the Future ASEAN Tour appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *