Rapid Bus Sdn Bhd selaku pengendali bas BRT laluan Sunway memaklumkan bahawa perkhidmatan bas terbabit akan mengalami perubahan operasi pada 25 November 2023 mulai 6 petang hingga tamat oeprasi pada jam 12 tengahmalam.
“Perubahan ini adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja persediaan penganjuran acara larian BRT Run 2023 di sepanjang trek laluan BRT Sunway yang akan bermula pada jam 8 malam hingga 12 tengahmalam,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat terbabit.
Katanya lagi, bermula jam 6 petang pada hari tersebut, perkhidmatan bas BRT Sunway akan beroperasi di aras jalan raya dengan kekerapan setiap 45 minit. Pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan menunggu di bawah setiap stesen BRT Sunway kecuali di USJ 7 yang akan diubah ke stesen alternatif Hentian Bas SJ692 USJ 7 (di hadapan KK Mart), South Quay (stesen alternatif: Hentian bas SJ67 di hadapan Mydin USJ), Mentari (stesen alternatif: Hentian bas PJ179 Sunway Mentari Barat) dan Sunway Setia Jaya (stesen alternatif: Hentian bas Setia Jaya bertentangan Stesen KTM Setia Jaya).
“Maklumat serta notis akan dilekatkan di setiap stesen BRT bagi memaklumkan kepada pengguna tentang perubahan operasi serta memudahkan pengguna untuk merancang perjalanan dengan lebih awal. Perkhidmatan bas BRT Sunway akan kembali beroperasi secara normal mulai jam 6 pagi pada 26 November,” tambahnya lagi.
The post Bas BRT Sunway beroperasi di aras jalan raya pada 25 Nov, 6 petang-12 t/malam – 4 lokasi stesen alternatif appeared first on Paul Tan’s Automotive News.