CAM Malaysia telah melancarkan van bateri-elektriknya yang kedua untuk pasaran tempatan, dikenali sebagai van panel CAM EA4 selepas mocel CAM EC35 yang dilancarkan pada Januari 2022. Harga jualannya ialah RM215,800.
CAM EA4 bersaiz lebih besar, dan merupakan versi elektrik bagi model CAM Placer-X A4. Dua varian ditawarkan: van panel dan van bertingkap 12-tempat duduk. Kedua-duanya hadir dengan ukuran dimensi yang hampir sama, dengan varian bertingkap 100 mm lebih tinggi. Panjang pula sama, dengan 4,840 mm dan juga 1,880 mm lebar — yang berbeza hanya tinggi: 1,980 mm untuk van panel manakala 2,080 mm untuk van bertingkap. Van panel mempunyai kapasiti seluas tujuh kubik meter, dan mampu menampung beban maksimum 1,025 kg.
Menurut CAM Malaysia, EA4 EV menawarkan van panel dengan jarak paling tinggi sehingga 400 km mengikut ujian NEDC, menggunakan bateri lithium iron phosphate (LFP) 86.1 kWh. Turut ditawarkan ialah bateri 60.1 kWh.
Bateri tersebut memerlukan 1.5 jam bagi pengecasan pantas dari 20% hingga 80% pada kadar yang tidak dinyatakan, sementara jika menggunakan pengecas AC 6.6 kW AC yang tersedia memerlukan 11 jam dari kadar 20%-100%. Pelangan boleh juga memilih pengecas AC dalaman 22 kW, yang membolehkan pengecasan 20-80% dalam masa kurang 3.5 jam.
Sistem janaan untuk van elektrik ini terdiri daripada motor tunggal di belakang dengan janaan 136 PS and 320 Nm tork, dengan kelajuan dihadkan kepada 100 km/j. Suspensi jenis double wishbone digunakan di depan, manakala jenis leaf spring di belakang. Stereng kuasanya hidraulik, dengan brek cakera di depan dan brek dram di belakang. Rim pula 16-inci dengan tayar 215/70R16C.
Untuk infotainmen, EA4 dilengapi dengan head unit skrin sentuh tujuh-inci dengan sambungan USB, audio auxiliari dan Bluetooth, dengan empat pembesar suara.
Ciri keselamatan pula terdiri daripada kawalan kestabilan, peninjau tekanan tayar, ABS dan EBD, pengingat tali keledar, serta ada juga kamera undur dan sensor undur. Tidak lupa, beg udara untuk pemandu dan penumpang depan. CAM EA4 juga didatangkan dengan jaminan enam-tahun/200,000 km.
The post CAM EA4 van EV — tampung beban 1,025 kg, 136 PS/320 Nm; bateri 86.1 kWh, jarak hingga 400 km appeared first on Paul Tan’s Automotive News.