Bas percuma Pavilion Bukit Jalil kini tambah destinasi ke Astro dan Technology Park Malaysia – Rapid KL


Perkhidmatan bas percuma ke Pavilion Bukit Jalil (PBJ) yang dikendalikan oleh Rapid KL kini telah menambah destinasi iaitu ke Astro dan Technology Park Malaysia (TPM). Bas berkenaan beroperasi dari jam 11.30 pagi hingga 8.45 malam pada Isnin hingga Jumaat.

Menurut Rapid KL, perkhidmatan bas percuma ini menyasarkan penumpang yang bekerja di lokasi berkenaan. Selain itu, bas berkenaan juga turut singgah di stesen LRT Awan Besar. Jadi, anda yang berada di PBJ atau mahu ke pusat membeli-belah terbabit, juga boleh menaiki bas percuma ini untuk ke/dari stesen LRT Awan Besar.

Walau bagaimana pun, waktu operasi yang melibatkan perjalanan ke/dari stesen LRT Awan Besar ke/dari PBJ ialah dari jam 8 pagi hingga 11 malam pada hari biasa, dan 8 pagi hingga 10.50 malam pada hujung minggu. Kekerapan bas adalah setiap 20 minit tetapi bergantung pada keadaan trafik di kawasan sekitar.

The post Bas percuma Pavilion Bukit Jalil kini tambah destinasi ke Astro dan Technology Park Malaysia – Rapid KL appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *