JPJ keluarkan 23,748 saman memandu tanpa lesen, 17,447 cukai jalan tamat tempoh dalam operasi 14 hari

Satu lagi operasi besar-besaran yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membawa kepada penemuan banyak kesalahan trafik, dengan yang paling tinggi adalah memandu tanpa lesen.

Menurut pengarah kanan bahagian penguatkuasaan JPJ, Datuk Lokman Jamaan, 23,748 sama dikeluarkan untuk kesalahan tersebut semasa Ops Patuh Bersepadu 2023 yang diadakan di seluruh negara selama 14 hari, berakhir Jumaat lalu. Sepanjang dua minggu operasi, JPJ telah memeriksa 554,372 buah kenderaan.

Cukai jalan tamat tempoh adalah kesalahan kedua tertinggi, dengan 17,447 saman dikeluarkan, lapor The Star. Lokman turut menambah bahawa 13,857 saman dikeluarkan untuk kesalahan kenderaan tidak mempunyai perlindungan insurans.

Pelbagai notis lain turut dikeluarkan termasuk kesalahan teknikal (12,191), tiada lesen vokasional (4,902) dan kenderaan melebihi muatan (2,329). Menyatakan kebanyakan pesalah adalah berumur antara 15 ke 35 tahun, Lokman turut menambah bahawa jabatan juga mengambil tindakan terhadap 4,797 warga asing atas pelbagai kesalahan trafik.

The post JPJ keluarkan 23,748 saman memandu tanpa lesen, 17,447 cukai jalan tamat tempoh dalam operasi 14 hari appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *