JPJ eBid: QD dan QBG bakal dibuka untuk bidaan


Untuk yang mencari-cari plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu, ini ada lagi dua pilihan siri, kedua-duanya dari Sarawak, yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

Siri plat nombor QD, bakal dibuka bidaan 2 Disember 2023. Diberikan tempoh bidaan selama empat hari dan ia akan berakhir jam 10 malam pada 6 Disember ini. Keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 7 Disember 2023. Keseluruhan proses adalah secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik dan buruk juga menerusi e-mel.

Manakala bagi siri nombor pendaftaran QBG, bidaannya pula bakal dibuka mulai 3 Disember ini dan akan berakhir jam 10 malam pada 7 Disember 2023. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 8 Disember 2023.

Sekarang ni lebih mudah mendapatkan siri plat nombor yang diingini tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.

The post JPJ eBid: QD dan QBG bakal dibuka untuk bidaan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *