Proton S70 bodykit dijual RM3,130 — 4 pakej aksesori dengan dashcam, visor pintu; harga dari RM455

Kalau perasan Proton S70 biru gelap yang pernah ditunjukkan dalam laporan sebelum ini, mesti akan nampak sedikit perbezaannya berbanding unit S70 yang lain. Kenapa? Sebab ia ada dilengkapi dengan tambahana aksesori bodykit, dan kini kita sudah ada perincian lanjut tentangnya.

Aksesori bodykit tersebut memang ada ditawarkan sebagai pilihan kepada pelanggan yang mahu. Dengan kos RM3,130, Pakej Aerokit berkenaan terdiri daripada skirting depan dan belakang, skirting sisi dan spoiler but belakang. Ketika pelancarannya, Proton memaklumkan yang bodykit ini akan diberi secara percuma kepada 3,000 tempahan terawal pembeli yang memilih S70 Flagship X.

Tawaran tersebut menjadikan Flagship X, yang dijual pada harga RM94,800, mempunyai nilai lebih menarik berbanding varian Flagship yang dijual pada harga RM89,800. Beza RM5,000 itu akan membolehkan pelanggan menerima bodykit (bernilai RM3,130), sunroof dan dashcam. Pembeli Flagship X juga boleh memilih warna khas Quartz Black.

Pakej Utiliti pula terdiri daripada tikar lapik kaki, plat di pintu dan dulang dalam but dengan harga RM455. Pakej Urban yang dikenakan RM1,020 pula datang dengan visor pintu, sebuah dashcam dan lampu lantai (lampu LED ruang kaki). Pakej Premium dengan harga RM2,660 pula menggabungkan pakej Utiliti dan Urban, dengan tambahan Proton X-Watch. Harga jualan jam pintar itu ialah RM1,499 — ini juga tawaran dengan nilai yang menarik.


Jika ingin lebih lagi, Pakej Premium dan bodykit boleh dipilih dengan kos RM5,790. Namun, jika begitu, mungkin tidak perlu memilih varian Flagship dan ditambah pilihannya. Lebih elok dan menguntungkan jika teruskan dengan Flagship X berserta aksesori ala carte sahaja.

Perhatikan dengan teliti, akan dapat dilihat logo Exclusive Proton Accessories tertera di sebahagian aksesori berkenaan. Apa pandangan anda tentang barisan aksesori dan bodykit yang ditawarkan oleh Proton ini? Adakah ia akan jadi permulaan kepada banyak lagi pilihan tambahan di masa akan datang?

Baca juga laporan pandu uji ringkas dan pelancaran Proton S70.














The post Proton S70 bodykit dijual RM3,130 — 4 pakej aksesori dengan <em>dashcam</em>, visor pintu; harga dari RM455 appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *