Lencongan trafik di laluan hala lorong E18 Plaza Tol Kemuning arah KL pada 27-30 Okt, 11 malam-5 pagi


Klik untuk besarkan

Makluman buat pengguna Lebuhraya Shah Alam (KESAS), lencongan trafik sementara akan dilaksanakan di laluan menghala ke lorong E18 Plaza Tol Kemuning (menghala ke Kuala Lumpur), mulai malam ini (27 Okt) hingga 30 Okt 2023, jam 11 malam hingga 5 pagi.

Ia adalah bagi kelancaran kerja-kerja baikpulih permukaan jalan konkrit di laluan berkenaan. Justeru, trafik menghala ke arah lorong yang terlibat akan dilencongkan sementara sepanjang kerja-kerja baik pulih dilakukan.

“Para pengguna lebuhraya dinasihati memandu dengan berhati-hati terutamanya pada waktu malam apabila keterlihatan mungkin terjejas serta mematuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan berkenaan,” kata KESAS menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

The post Lencongan trafik di laluan hala lorong E18 Plaza Tol Kemuning arah KL pada 27-30 Okt, 11 malam-5 pagi appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *