PACE 2023: Subaru XV dan Forester diberi ganjaran menarik; BRZ, WRX Sedan, Outback turut dipamerkan

Premium Auto Car Expo (PACE) 2023 anjuran paultan.org sedang rancak berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam sehingga esok, 9 pagi-7 malam. Antara jenama kereta yang turut mengambil bahagian ialah Subaru.

Model Subaru yang paling menjadi tumpuan sudah pasti WRX Sedan yang diperkenalkan di pasaran Malaysia pada akhir tahun lalu. Ia dipadankan dengan enjin FA20F 2.0 liter berkuasa 272 PS (268 hp atau 202 kW) dan 350 Nm. Selain itu, ia turut didatangkan dengan dua sistem yang dibangunkan oleh Subaru iaitu Symmetrical All-Wheel Drive dan Active Torque Vectoring dipadankan secara standard bersama transmisi manual enam-kelajuan.

Selain WRX Sedan, Subaru turut mempamerkan SUV Forester dengan varian 2.0i-L EyeSight yang diberikan enjin 2.0 liter naturally-aspirated empat-silinder boxer dengan hamburan kuasa 156 PS pada 6,000 rpm dan tork 196 Nm pada 4,000 rpm. Ia digandingkan dengan Lineartronic CVT bersama mod manual tujuh-kelajuan (dan pedal penukar gear di belakang stereng) dan sistem Subaru symmetrical AWD, yang membuatkan Forester ini lebih mantap berbanding SUV urban yang lain.

Jika anda menempah Forester ini di PACE 2023, SUV ini ditawarkan dengan 0% kadar pembiayaan tanpa faedah untuk tiga tahun pertama, dengan ansuran bulanan bermula dari RM1,4XX, serta lima-tahun penyelenggaran komprehensif percuma (mengikut terma dan syarat).


Di ruang pameran PACE 2023 ini juga, Subaru turut mempamerkan crossover XV dan setiap pembeliannya akan ditawarkan dengan rebat sehingga RM7,000 serta pakej penyelenggaran komprehensif percuma lima-tahun/100,000 km (mengikut terma dan syarat).

Di samping WRX Sedan, Forester dan XV, pengunjung juga boleh melihat dan membelek model Subaru yang lain iaitu BRZ dan Outback.

Selain tawaran yang disediakan oleh pengeluar kereta ini, kami di PACE 2023 turut menyediakan pelbagai ganjaran menarik yang menanti pengunjung yang menempah mana-mana model kereta baharu di sini. Ganjaran tersebut termasuklah baucer bernilai RM2,500 dari rakan kerjasama kami, ini termasuklah baucar lapisan cermin gelap bernilai RM500 (V-Kool), baucar RM500 untuk alas kereta dari Dodomat, baucar RM500 dari Blueair, baucar RM500 untuk tempat duduk keselamatan kanak-kanak (Recaro Kids) dan baucar RM500 untuk tempat duduk kulit kustom (DK Schweizer).

PACE 2023 turut mendapat kerjasama dari rakan strategik Petronas dan myTukar yang juga turut menyediakan booth dalam menawarkan perkhidmatan masing-masing. Malahan myTukar juga mempamerkan pelbagai barisan kenderaan pra-pemilikan untuk jualan dan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan (inspection) kenderaan.





The post PACE 2023: Subaru XV dan Forester diberi ganjaran menarik; BRZ, WRX Sedan, Outback turut dipamerkan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *