Tahun ini sekali lagi acara Premium Auto Car Expo (PACE) dianjurkan oleh paultan.org di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam, Selangor, dan dianjurkan bermula hari ini (4 November) sehingga esok (5 November).
Penaja utama acara ini adalah Petronas, dan mereka turut hadir dengan menyediakan pelbagai tawaran menarik untuk pengunjung. Antaranya adalah penjimatan sehingga 20% untuk produk pelincir Petronas, dari barisan Petronas Syntium, Petronas Sprinta dan Petronas Urania.
Barangan rasmi Petronas seperti baju, topi, beg, cermin mata dan pelbagai lagi turut dijual di kawasan pameran Petronas, dan anda juga boleh menyertai permainan seperti ujian reaksi dan teka teki untuk memenangi hadiah. Untuk sesuatu yang lebih mengujakan, anda boleh mencuba simulator kereta dan motosikal.
Turut hadir adalah Setel, di mana pengunjung boleh mengetahui lebih banyak lagi berkenaan kutipan mata Mesra dan bagaimana untuk mengambil manfaat daripadanya. Satu lagi cara untuk mendapatkan hadiah percuma adalah dengan menyertai kaji selidik interaktif.
Di luar dewan pameran, Petronas menyediakan Cafe Mesra (bersebelahan pusat pemeriksaan dan penilaian kereta myTukar), dan jika membeli minuman, anda akan menerima donut percuma.
PACE 2023 berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam, Selangor, 4 dan 5 November, dari jam 9 pagi hingga 7 malam.
The post PACE 2023: Petronas sedia penjimatan sehingga 20% untuk pelincir, jualan barangan rasmi, Cafe Mesra appeared first on Paul Tan’s Automotive News.