Sempena dengan cuti perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 12 November (Ahad ini), PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengumumkan pengaktifan Smartlane di laluan antara Persimpangan Senai Utara ke Persimpangan Kulai (Arah Utara) KM19.0 hingga KM27.0.
Pengaktifan Smartlane ini telah pun bermula hari ini (9 November) hingga 13 November 2023, melibatkan jarak sepanjang 8 km dan waktu operasinya adalah dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
Mmenurut PLUS, pengaktifan ‘Smartlane’ juga akan dilaksanakan bergantung kepada keadaan trafik semasa dengan kerjasama dan pemantauan oleh Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan serta petugas Lebuhraya PLUS di lokasi. Ia bagi menambah kapasiti lorong sedia ada dan menyuraikan trafik ketika musim percutian.
Di lokasi SmartLane, pengguna lebuh raya dibenarkan memasuki dan memandu di laluan kecemasan untuk sementara waktu sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama bagi meneruskan perjalanan mereka. Walau bagaimanapun, pengguna dilarang sama sekali untuk memandu di lorong kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan SmartLane diaktifkan
Dalam masa yang sama, PLUS menasihatkan agar pemandu kenderaan dan penunggang motosikal saling menghormati pengguna lebuh raya yang lain, mengamal kelajuan yang sesuai dan sentiasa berhati-hati.
The post Laluan Smartlane diaktifkan antara Persimpangan Senai Utara ke Kulai pada 9-13 Nov sempena Deepavali appeared first on Paul Tan’s Automotive News.