Perkembangan penggunaan EV ketika ini semakin pesat walaupun kita masih berada dalam fasa awal penerapan pasaran yang lebih meluas bagi teknologi kenderaan tersebut.
Jika anda ingin ikut serta dalam gelombang peringkat awal ini, ada peluang yang sedang menanti daripada jenama terbaik yang sedang aktif dalam dunia berkenaan — Sime Darby Motors dan BYD sedang mencari rakan niaga baharu. Gergasi EV ini berserta rakan niaga tempatannya, Sime Darby Motors sedang mencari pengedar BYD untuk tujuh lokasi baharu — di utara Kuala Lumpur, Perlis, Kelantan, Terengganu, Klang (Selangor), Skudai (Johor) serta di sebuah pusat beli-belah atau pusat gaya hidup yang menjadi tumpuan ramai.
Sime Darby Motors sedang mencari rakan niaga yang mempunyai pengalaman dalam perniagaan automotif, dan mereka akan bertanggungjawab untuk membuka pusat selepas jualan bagi BYD. Semua lokasi terbaharu ini akan menyumbang kepada pengukuhan dan pertumbuhan rangkaian pengedarnya di seluruh negara, dengan keyakinan BYD bahawa sokongan kuat adalah sangat penting bagi pemilikan kenderaan baharu EV.
Pakar EV berkenaan juga percaya yang teknologi dan kualiti produk akan menjadi penentu penerimaan pasaran, tetapi pengalaman pelanggan juga merupakan satu komponen penting dalam perjalanan pemilikan kenderaan, bahkan untuk era EV seperti sekarang ini. BYD ketika ini menawarkan model crossover elektrik popular BYD ATTO 3 dan juga BYD DOLPHIN yang lebih mampu milik untuk pasaran tempatan, dengan banyak lagi model menarik dijangka diperkenalkan kelak.
Jadi, jika anda sedang mencari peluang untuk memperluas perniagaan bersama dengan jenama NEV paling pesat berkembang, inilah peluangnya untuk anda menyertai rangkaian BYD di Malaysia. Imbas kod QR di atas atau klik di sini untuk ke borang pendaftaran. Bagi pertanyaan lanjut, email kepada raymond.chia@byd.simedarby.com. Permohonan terbuka bermula sekarang hingga 31 Disember 2023. Ayuh!
The post Mulakan perjalanan EV anda sebagai pengedar sah BYD — rakan niaga diperlukan di tujuh lokasi baharu appeared first on Paul Tan’s Automotive News.