JPJ eBid: Siri VLQ dan TCV dibuka untuk bidaan


Untuk yang mencari-cari plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu, ini ada lagi dua pilihan siri yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

Siri plat nombor dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, VLQ, telah dibuka bidaan mulai hari ini, 10 November 2023. Diberikan tempoh bidaan selama lima hari dan ia akan berakhir jam 10 malam pada 14 November ini. Keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 15 November 2023. Keseluruhan proses adalah secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik dan buruk juga menerusi e-mel.

Manakala bagi siri nombor pendaftaran terkini dari Terengganu pula, TCV, bidaannya pula bakal dibuka mulai 12 November ini dan akan berakhir jam 10 malam pada 16 November 2023. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 17 November 2023.

Sekarang ni lebih mudah mendapatkan siri plat nombor yang diingini tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.

The post JPJ eBid: Siri VLQ dan TCV dibuka untuk bidaan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *