Harga minyak 23-29 Nov – Masih tiada perubahan

Bagi minggu bertarikh 23 hingga 29 November 2023, Kementerian Kewangan (MoF) memutuskan untuk terus mengekalkan harga runcit bagi ketiga-tiga bahan api iaitu petrol RON 97, RON 95 dan diesel.

Di mana harga petrol RON 97 dikekalkan pada RM3.47 seliter, setelah mengalami kenaikan sebanyak 10 sen seliter pada 20 September lalu.

Manakala harga runcit bagi RON 95 yang telah mencapai harga siling masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter. Begitu juga dengan diesel Euro B10/B20, harganya turut dikekalkan pada paras RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.35 seliter.

Pada 4 November lalu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata mekanisme bagi pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol dan diesel akan dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri pada bulan ini atau selewat-lewatnya Disember, dan dijangka dilaksanakan selepas Mac 2024.

The post Harga minyak 23-29 Nov – Masih tiada perubahan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *